Monday, 21 April 2014

RUMAH SENDIRI...?

Salam...

pejam celik, pejam celik dah 8 tahun setengah duk umah sewa sekarang ni. start duk umah tu masa bulan 11 2005. masa tu tgh pregnant anak pertama dekat 2 bulan. sebulan bayar RM300. acu darab tgk...RM30,600 !!! woooooo...banyak tu.

tahun 2011 survey2 rumah, so terbeli rumah kat pengkalan ipoh, boleh laaaa...tak der la besar sangat. saiz lam 20'x65, double storey. sebelum beli umah tu dah pk tak nak double storey ni, nanti penat nak turun naik. tapi nak wat cam ne... dah TERBELI huahuahua..

tapi yang tak best nya rumah tu lambat sangat siap. hampir 2 tahun setengah, sampai kan dah kena potong loan rumah (gomen) walaupun blum dapat kunci....sabo je lah :(

akhirnya bulan 9 tahun lepas dapat kunci...FINALLY! risau jgak takut terbengkalai huhuhu....ALHAMDULILLAH...tapi sepanjang rumah tu tengah buat,mmg sangat stressful! bila tgk umah je mesti sambil bebel,husband pun penat nak dengar bebelan tu.itu sbb jarang nak gi tgk progress nya.

TAPI walaupun dah dapat kunci, sampai sekarang tak pindah-pindah lagi. sebab nya MALAS NAK PACK. tapi ujung minggu epas gagah kan jugak pack barang masuk kotak. semua pinggan,tipuware, baju , majalah, dah siap pack. cuma tinggal yang guna seharian je.....ahad ni dah start punggah. tak tau la apa nak jadi kat umah sana lak. sebab mana ada almari nak simpan barang2 tu................duit oh duit, meh la turun sini. nak beli perabot lakkk...huwaaaaa..

so ini lah rumah yang tak secantik orang lain ...x tau la kenapa terbeli rumah ni...dah takdir di tetapkan oleh Dia ...terima  je la..apapun ALHAMDULILLAH :)



ANAK-ANAK PENGUBAT HATI



ini lah anak-anak amanah Allah. yang sulung Irfan Azim 8 tahun, yang nombor dua tu Ikraam Azim 4 tahun, yang bongsu tu Dhia Arissa 10 bulan. 3 anak, 3 ragam. penin palo ibu. setakat ni Dhia is the princess dan the BIG BOSS....

keadaan rumah mmg tak boleh nak kata la...orang yang ada anak kecik akan angguk sama tanda setuju hihihi...tapi kalau diaorang tak de mmg rasa sunyi je umah, sampai tak tahu nak buat apa..