Monday, 21 April 2014

RUMAH SENDIRI...?

Salam...

pejam celik, pejam celik dah 8 tahun setengah duk umah sewa sekarang ni. start duk umah tu masa bulan 11 2005. masa tu tgh pregnant anak pertama dekat 2 bulan. sebulan bayar RM300. acu darab tgk...RM30,600 !!! woooooo...banyak tu.

tahun 2011 survey2 rumah, so terbeli rumah kat pengkalan ipoh, boleh laaaa...tak der la besar sangat. saiz lam 20'x65, double storey. sebelum beli umah tu dah pk tak nak double storey ni, nanti penat nak turun naik. tapi nak wat cam ne... dah TERBELI huahuahua..

tapi yang tak best nya rumah tu lambat sangat siap. hampir 2 tahun setengah, sampai kan dah kena potong loan rumah (gomen) walaupun blum dapat kunci....sabo je lah :(

akhirnya bulan 9 tahun lepas dapat kunci...FINALLY! risau jgak takut terbengkalai huhuhu....ALHAMDULILLAH...tapi sepanjang rumah tu tengah buat,mmg sangat stressful! bila tgk umah je mesti sambil bebel,husband pun penat nak dengar bebelan tu.itu sbb jarang nak gi tgk progress nya.

TAPI walaupun dah dapat kunci, sampai sekarang tak pindah-pindah lagi. sebab nya MALAS NAK PACK. tapi ujung minggu epas gagah kan jugak pack barang masuk kotak. semua pinggan,tipuware, baju , majalah, dah siap pack. cuma tinggal yang guna seharian je.....ahad ni dah start punggah. tak tau la apa nak jadi kat umah sana lak. sebab mana ada almari nak simpan barang2 tu................duit oh duit, meh la turun sini. nak beli perabot lakkk...huwaaaaa..

so ini lah rumah yang tak secantik orang lain ...x tau la kenapa terbeli rumah ni...dah takdir di tetapkan oleh Dia ...terima  je la..apapun ALHAMDULILLAH :)



ANAK-ANAK PENGUBAT HATI



ini lah anak-anak amanah Allah. yang sulung Irfan Azim 8 tahun, yang nombor dua tu Ikraam Azim 4 tahun, yang bongsu tu Dhia Arissa 10 bulan. 3 anak, 3 ragam. penin palo ibu. setakat ni Dhia is the princess dan the BIG BOSS....

keadaan rumah mmg tak boleh nak kata la...orang yang ada anak kecik akan angguk sama tanda setuju hihihi...tapi kalau diaorang tak de mmg rasa sunyi je umah, sampai tak tahu nak buat apa..

Tuesday, 11 September 2012

Hari Menderma Darah Politeknik Semalaysia

11/9/2012

Waaaahhhh....hari derma darah datang lagi....hari ni nekad nak menderma. Siap gi breakfast order air mahal...sbb biasa minum air suam je,kali ni minum air Neslo Ais! (mahal le sangat). so,pukul 11pg pergi la ke dewan warisan dengan niat suci murni utk memberikan sedikit darah secara percuma. TAPI....seperti sebelum2 ni, saringan tak lepas. bukan sbb berat (berat mmg gerenti lebih la,tgk body dah tau), tapi sbb HB tak cukup, 12.0 je....patut 12.5 keatas....FRUST ok...

tapi tak per...aku ada plan tersendiri. mintak ubat tambah darah, balik opis n makan lunch (tq to hazri sbb sponsor satu jabatan makan nasi yg sedap) pastu mkn ubat tambah darah. lepas meeting jabatan, kul 3.30ptg bergegas ke dewan utk mencuba nasib kali kedua. tak sangka LEPAS SARINGAN tu...yahhooooo.... so dapat la menderma hari...

kiranya program menderma satu politeknik semalaysia ni utk pecah rekod Book of Malaysia.! rasa dah pecah kot.sbb target lam 13000++ orang yg mendaftar bagi menderma ni...bangga dengan diri sendiri hahahahaha

Sunday, 9 September 2012

yeahhh...start blogging

tak tau yg ke berapa buat blog...selama ni register,tp x aktif.harap2 yg ni akan digunakan sebaik mungkin.hahahaha...ni semua sbb semangat masa gi ngajo budak sekolah buat blog.yeahhhhhh...walaupun cikgu ni x pandai pun berblog,tp lakonan tu penting hahahaha

7hb sabtu : kami berlima (suhainy,zaza,faridah,mona dan semestinya aku) gi ngajo budak sekolah cara2 buat blog.ada 3 segment - intro window 7 di jlnkn oleh mona,aku x pandai berblog,so ajar email je la.otai zaza n faridah ajar blog.su sebagai urusetia bersama cikgu jepp (merangkap suami dia) hehehehe...tq cikgu blanja kopok lekor 4 keping.

kami berlima ajar budak sekolah seramai 10 orang....diulangi 10 orang! hehehe bertuah pelajar tu...errrr bertuah ke huhuhu

ini la sedutan masa kt sana....



semua yg kami buat ni adalah PERCUMA....baguskan kami ni...utk khidmat masyarakat. ngeeeee